Tuesday, January 29, 2013

5 Zebra Cross Terunik

   

first nak bagitau maaf sebab lama tak update blog.. busy la katakan lepas ni kalau ada kelapangan insyaalah saya akan update lagi blog saya ni (kalau rajin la)

OK lupakan kejap pasal tu kali ni saya nak tunjukkan kepada anda tentang zebra cross terunik... apa zebra cross tu? payah la gini kalau zebra coss pun tak tau..



                                                               
         1)Plug zebra cross- agak kreatif kalau plug tu betul-betul bersambung lagi gempak agaknya..


2)Word zebra cross- ni tak tau nak cakap apa,kalau melintas sambil membaca ni memang arwah la..
           


                   
3)Rel keretapi- yang ni no comment kalau ada jugak keretapi yang lalu memang tak tau nak cakap apa..



4)Tapak kasut-yang ni dah macam tapak kaki bigfoot pulak tengok..




5)Candle zebra cross- kreatif, agak-agak kalau tengah malam betul-betul dia menyala macam mana?


         

Saturday, December 15, 2012

5 tempat teraneh di dunia

Korang pernah tak dengar ataupun mungkin pernah berkunjung ketempat-tempat yang aneh seperti yang dibawah ni ? Mungkin ada yang pernah, tapi tu tidak bermaksud semua orang pernah mendengar atau pernah ke sana, Gambar dibawah ini adalah sebahagian daripada tempat aneh di dunia, Bukan ada lima je ada banyak lagi tempat aneh kat dunia ni, Hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu..

1. Pamukkale, Turki

 Pamukkale adalah kolam bertingkat yang aneh dan jadi pusat perhatian selama hampir 2 abad, namun masih belum masuk keajaiban dunia. Kolam yang berisi air panas ini terbentuk akibat gempa yang terjadi 2 ribu tahun lalu di Turki. Pamakkale bererti Kastil dari katun. Tepat dibahagian atas permukaan tempat ini, Greco-Romans membangun sebuah kota, Heirapolis, yang bererti kota suci. Pamakkale sekarang telah ditetapkan sebagai salah satu warisan budaya dunia dari UNESCO. Tempat ini sudah ditutup umum, demi menjaga dari kerosakan.





2. Moeraki, Selandia Baru

Batu indah besar, bulat dan aneh ini terdapat di Pantai Koekohe, bahagian dari pesisiran Otago, Selandia Baru. Dikenal dengan “Moeraki Boulders”, terbentuk di dasar laut akibat sendiment yang bertambah. Pembentukannya hampir sama dengan pembentukan mutiara. Mengikut lagenda, Maori dibawa oleh nenek moyang yang datang mengunakan perahu besar Araiteuru yang tergelam kerana gelombang besar dekat Matakaea.





3. Nine Hells od Beppu, Jepun

Beppu terletak di pulau Kyushu, Jepun. Beppu merupakan penghasil air geothermal kedua terbesar di dunia. Di tempat ini terdapat “Nine Hells” atau kolam yang memiliki karakter dan warna yang berbeza. “Hells” ini merupakan tempat wisata terkenal di Jepun.




4. Great Blue Hole of Bezile

Great Blue Hole terletak di Light House Reef sekitar pertengahan antara panjang Caye dan Sandbore Caye. Great Blue Hole terletak 60 mil timur dari daratan Belize (kota). Pada tahun 1997 ia ditetapkan sebagai salah satu Warisan Dunia.


                                             


5. Pintu Neraka , Turkmenistan

Di Gurun Kara-Kum, Turkmenistan, terdapat desa Darvaza. Desa ini dekat dengan tempat penggeboran gas alam yang dilakukan tim dari Rusia. Akibat penggalian ini, atap dari sebuah gua besar rubuh dan meninggalkan sebuah kawah berdiameter 25 meter dengan kedalaman kira-kira 60-70 meter. Dan dari dalam kawah yang terbentuk ini selalu keluar gas alam yang panas yang beracun. Penduduk setempat menamakan kawah ini sebagai pintu neraka. Tetapi ada juga yang mengatakan, bahwa ini merupakan sebuah petunjuk dari tuhan, dan mengatakan bahawa ini sepenuhnya fenomena alam. Jangan korang percaya ni pintu neraka betul sudah..


                                              









Play Station 4 akan keluar tidak lama lagi?

Bagi gamers kat luar sana tu mesti tertanya-tanya "bila la PS4 ni nak keluar ek?" mengikut sebuah website yang saya baca Play Station 4 atau PS4 ini dikataka akan diperkenalkan atau dipasarkan pada bulan September tahun hadapan, Jadi korang yang kaki gamer tu kene la bersabar sedikit, bukan tu je, ada juga khabar angin yang mengatakan PS4 ni akan bertukar nama kepada "OMNI" Omni? ape tu? jangan tanya saya sebab saya pun tak tahu ape Omni tu, Bagaimana pulak dengan concept PS4 atau Omni tu? Buat masa itu semua dirahsiakan, Kalau nak tau jugak korang tunggu la September tahun depan :)

Friday, December 14, 2012

Haiwan Misteri Ditemui di Jepun



Gambar-gambar di  bawah ini adalah sebahagian daripada fosil haiwan pelik yang kini berada di Muzeum Jepun. Masih adakah lagi haiwan seperti ini hidup di muka bumi ini lagi, ataupun sudah pupus? Hanya Allah S.W.T sahaja yang mengetahui.